STRUKTUR DAN ORGANISASI


Struktur Dan Organisasi
Skuad Penyelamat Dbkl Adalah Di Bawah Pengawasan Dan Kawalan Secara Langsung Oleh Ketua Penyelaras Yang Bertanggungjawab Terus Kepada Pengarah, Jkp Dbkl
Secara Amnya Unit Adalah Dipecahkan Kepada Beberapa Unit Kecil,Dan Anggota Yang Baru Telah Diberikan Latihan Terhadap Semua Unit Berikut:-
Operasi
1. Scuba
2. Paramedik
3. Mencari Dan Meyelamat
4. Bantuan Am
Pentadbiran Dan Logistik
1. Unit Urus Tadbir
2. Unit Bantuan Logistic
Cawangan Latih
1. Menguruskan Segala Latihan Dan Perancangan Untuk Jangka Masa Panjang Kepada Anggota Sp
Peranan Dan Bidang Tugas
Spdbkl Telah Dipertanggungjawabkan Untuk Menjalankan Beberapa Peranan Seperti Berikut:-
1. Menjalankan Kerja/Bantuan Menyelamat Mangsa Kebakaran
2. Menjalankan Kerja /Bantuan Menyelamat Mangsa Kemalangan Jalanraya
3. Menjalankan Kerja/Bantuan Mangsa Kemalangan Di Air (Lemas) Terutama Bencana Alam Banjir
4. Menjalankan Kerja/Bantuan Mencari Dan Menyelamat Mangsa Banguna Runtuh/Terperangkap
5. Bantuan Pertolongan Cemas Dan Paramedic



SCUBA

-          Memberi bantuan menyelamat mencari dan mengeluarkan mangsa yang terperangkap dalam kenderaan yang terhumban ke dalam lombong, tasik dan sungai.
-          Memberi bantuan menyelamat mencari mangsa yang dihanyutkan arus deras.
-          Menjalankan kerja-kerja bantuan menyelamat mangsa-mangsa bencana alam (banjir).
-          Mencari dan menyelamat mangsa lemas di lombong, kolam renang, tasik dan sungai.
-          Pakaian yang dibekalkan untuk unit ini berwarna oren.
                                          

S.A.R  ( MENCARI DAN MENYELAMAT )

-          Menjalankan kerja-kerja / bantuan menyelamat mangsa-mangsa kebakaran.
-          Menjalankan kerja-kerja / bantuan menyelamat mangsa-mangsa kemalangan jalanraya.
-          Menjalankan dan menyelaraskan tugas-tugas mencari dan menyelamat mangsa-mangsa bangunan runtuh dan terperangkap.
-          Memberi bantuan untuk kejadian kecemasan di darat seperti sesat di hutan, jatuh gaung dan sebagainya.
-          Memberi bantuan kepada mangsa yang terperangkap dengan kejadian pokok tumbang.
-          Pakaian yang dibekalkan untuk unit ini berwarna kuning.


PARAMEDIK

-          Memberi bantuan / rawatan awal kepada mangsa kemalangan jalanraya yang mengalami kecederaan.
-          Memberi bantuan / rawatan mangsa kebakaran bangunan dan rumah kediaman.
-          Memberi bantuan / rawatan mangsa lemas dan pitam di tempat-tempat awam.
-          Memberi bantuan C.P.R ( bantuan pernafasan dari mulut ke mulut) kepada mangsa yang terhenti pernafasan dan nadi.
-          Pakaian yang dibekalkan untuk unit ini berwarna putih.


BANTUAN AM

-          Untuk melicinkan kerja-kerja pentadbiran Skuad Penyelamat.
-          Menyediakan dan menguruskan logistik seperti kenderaan, bot dan peralatan menyelamat.
-          Memberi bantuan kepada petugas yang akan keluar ke lokasi operasi.
-          Memberi bantuan kepada Jabatan dan Unit semasa mengadakan sebarang operasi.
-          Pakaian yang dibekalkan untuk unit ini berwarna kuning.


0 comments:

Post a Comment

 

CARI KAMI DI FACEBOOK

About

UNIT DI BAWAH NAUNGAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR DAN BEROPERASI DALAM JABATAN PENGUATKUASAAN (JPK).